Untuk yang nak tahu, dalam satu set produk penjagaan kulit bayi kita ni ada 6 item semuanya. 🥰
Ada 6 item kesemuanya. Tapi tak perlu pakai semua sekali dalam satu masa pun boleh. Biasanya saya rajin pakaikan vapor rub dengan baby wash tu je. Yang lain lain guna bila perlu.
Jadi kalau nak guide cara penggunaan boleh refer sini. Mula mula kita mandikan baby kan dengan baby wash, lepas baby mandi nak pakai mana satu dulu?
1. Baby lotion.
Pakailah lotion untuk sapu pada bahagian kering kering. Baby newborn selalu kan ada kulit kering kat celah jari kat kulit kepala kat dahi, kan. Boleh guna lotion untuk lembabkan kawasan tu sebab lotion ni butter based. Guna mango butter dan shea butter.
2. Baby oil.
Baby oil buat sapu kepala. Supaya kulit kepala mudah bersih dari keruping selepas kelahiran. Rambut pun terjaga dan sihat. Boleh juga guna untuk urutan badan. Kalau baby newborn, sapukan pada kulit kepala dan kesat pelan pelan dengan napkin untuk hilangkan keruping.
3. Baby vapor rub & bugs away.
Sapu di perut dan pelipat untuk bagi baby selesa. Sejuk sejuk kan lepas mandi. Dapat legakan kembung juga. Jika kawasan rumah banyak nyamuk dan serangga boleh juga sapukan pada kulit baby untuk elakkan gigitan serangga sebab ada lemongrass essential oil. Biasanya nyamuk dan serangga tak suka pada bau serai ni. Hehe.
4. Baby powder.
Lepas tu baru sapu bedak sikit saja, ratakan pada tapak tangan dan sapu sikit di pipi, dan ketiak. Ikut suka ibulah hehe.
5. Baby cream.
Ni kalau dah terkena gigitan serangga, silalah sapu cepat cepat supaya tak meninggalkan parut.
6. Baby wash.
Tadi mandi dah kan? Mesti dah guna baby wash. 😆