BUKU MAGNESIUM OIL - PANDUAN PENGGUNA

Buku Panduan Pengguna Magnesium Oil Versi BM
In Stock
Add to Cart Buy Now arrow_forward
DETAILS

Menerusi buku panduan pengguna ini, Dr Barbara Hendel, seorang doktor dan pakar magnesium yang berpengalaman, akan menerangkan tentang manfaat dan cara penggunaan larutan magnesium klorida yang dijual di bawah nama Magnesium Oil. Larutan ini boleh disapu pada kulit atau digunakan dalam rendaman, Larutan ini dapat diserap dengan lebih efisien oleh tubuh berbanding magnesium yang diambil menerusi diet kita. Magnesium Oil juga boleh disapu secara terus pada tempat di mana anda mengalami kesakitan atau ketidakselesaan untuk memberikan keberkesanan yang maksimum.

Dalam buku panduan ini, Dr Hendel menjelaskan secara terperinci bagaimana individu yang aktif dan ahli sukan, wanita mengandung dan juga individu yang sering mengalami kejang otot atau insomnia boleh mendapat manfaat daripada magnesium oil. Jenis-jenis penyakit yang boleh dirawat meliputi diabetes dan migraine, artritis dan osteoporosis hinggalah penyakit-penyakit kulit dan jantung. Laporan peribadi oleh individu, illustrasi contoh rawatan dan pelbagai petua berguna memudahkan pembaca untuk mempraktikkan apa yang disyorkan dengan serta-merta, seterusnya merawat simptom yang dihadapi dengan berkesan.

PHOTOS
back to top ⤴