Masyi nak kongsikan perkongsian yang sangat bermanfaat dari puan Ainini Zainal. ❤️
Perkongsian Pn. Ainini Zainal
PEVOO UNTUK ANAK YANG KERAP TAK SIHAT.
Acronym PEVOO dicipta oleh sahabat baik saya, Puan Munirah Syed Abu Bakar bagi singkatan Palestine Extra Virgin Olive Oil, kemudian, digunapakai oleh ramai yang lain.
Puan Munirah Syed Abu Bakar adalah pengedar Minyak Zaitun Palestin yang asli dan tradisional penghasilannya. Masih diperah MENGGUNAKAN BATU, bukan mesin.
.
Petani Ramallah mengutip buah zaitun dari pokok di bumi baraqah Palestin yang berusia ratusan tahun untuk diperah dan hasilnya seperti yang kita dapat dari sebotol PEVOO ini.
Saya guna sejak 2016. Super sangat kualitinya. Untuk otak dan badan yang sihat, membantu ketika demam, selesema, batuk, selepas pembedahan, luka dan banyak lagi. Sapu pada muka untuk kulit yang cantik.
.
Sukatan:
Bayi 6-12 bulan - hujung sudu teh, biasakan dengan rasanya dahulu.
1-2 tahun - ¼ sudu teh.
2 hingga 5 tahun - ½ sudu teh.
6-10 tahun - 1 sudu teh
11 tahun ke atas - 1 sudu besar
Dewasa - 1 sudu besar
Waktu tak sihat, 2-3 kali sehari. Sukatan sama.
.
Minyak Kelapa dan Zaitun tinggi bahan antivirus, antijangkitan, antiradang, antibakteria. Ia juga immune booster.
Jika anak tidak mahu minum menggunakan sudu, letakkan dalam botol spray, spray ke dalam mulut anak.
___
Anak batuk, selesema:
Sapu minyak ke dada, betis, tapak kaki, belakang dan hidung.
Anak deman, sapu ke badan terumatanya betis, tapak kaki, belakang leher dan dahi.
HMFD: letak ke dalam botol spray dan spray ke dalam mulut anak.
___
Apa sekalipun, semua ini mungkin nampak mahal harganya.
Tapi kita tak minum setiap hari, tak makan 1 botol sekaligus. Kadang kadang untuk 6-7 bulan pun belum habis.
Ini hanya MAKANAN TAMBAHAN. Tidak wajib. Bukan makanan ruji. Jika dapat ambil, boleh ambil. Kita usaha mana yang boleh sahaja.
.
Fokuskan lebih kepada MAKANAN UTAMA, makanan ruji - beras, sayur, ikan, telur dan sebagainya.
Jika bajet kita tidak cukup untuk naturalsupplement, pastikan juga tiada bajet untuk yang tak perlu seperti junkfood dan makanan yang tak perlu.
____
Follow FB Puan Ainini Zainal untuk semua info, tips, idea, resipi sihat anak.
MASAK SIHAT, ANAK SIHAT.
#Pevoo
#TipsPevoo