REALC SODIUM ASCORBATE

VitaminC Sodium Ascorbate - Tidak masam , rasa payau, mesra perut buat pesakit gastrik/ gerd.
Weight: 100G
100G300G
Sorry, we are out of stock
RM28.00
DETAILS

ASCORBIC ACID vs SODIUM ASCORBATE

Sepanjang musim PKP supplement sangat diperlukan bagi menampung kekurangan nutrisi dalam badan. Justeru permintaan terhadap vitamin C semakin meningkat saban hari.

Ramai yang agak keliru tentang perbezaan di antara Sodium Ascorbate dan juga Ascorbic Acid daripada pelbagai sudut. Ditegaskan, kedua-duanya adalah vitamin C. 

Persamaan Vitamin C (Ascorbic Acid vs Sodium Ascorbate)

* Keterangan: Kategori garam mineral
* Tekstur: Bentuk serbuk kristal kekadang warna putih ke kekuningan (selalunya berubah warna disebabkan terdedah dengan cahaya)
* Bau: Tiada bau
* Kelarutan: Mudah larut dalam air. Disarankan larutkan dalam air bersuhu bilik atau suam bagi menjaga khasiatnya.
* Kelebihan: Mengandungi anti-oksidan dan daripada kumpulan vitamin C

 
Perbezaan Vitamin C (Ascorbic Acid vs Sodium Ascorbate)

1. Ascorbic Acid
> Keterangan: Ia merupakan komponen kimia organik asid dengan fungsi polyhydroxy yang menberi ciri anti-oksidan ditambah lagi ia digunakan sebagai anti-oksidan bahan tambahan makanan.

> Rasa: Rasa masam sedikit kerana kandungan asidnya.

> pH: Sedikit berasid (sesuai untuk dimakan)

> Kesesuaian: Boleh diamalkan tak kira peringkat umur (seusia 2 tahun ke atas) KECUALI masalah abdominal discomfort.

2. Sodium Ascorbate
> Keterangan: Garam sodium daripada Ascorbic Acid dimana ia menghasilkan tindakbalas antara jumlah ascorbic acid dan sodium bikarbonat

> Rasa: Kurang masam ataupun masin sedikit.

> pH: Alkaline

> Kesesuaian: Bagi individu yang ada masalah dengan asid yang tinggi dalam perut sangat disarankan unuk neutralkan semula keadaan tersebut. Seperti cirit birit, muntah, ketidakselesaan perut (abdominal discomfort).

Rumusan Perbezaan:

# Ascorbic Acid ialah asid rganik manakala Sodium Ascorbate pula garam mineral daripada Ascorbic Acid.

# Sodium Ascorbate kurang berasid berbanding Ascorbic Acid disebabkan ia buffered dan mengandungi kurang asid. Ini menjadikan sodium ascorbate lebih mesra pada perut berbanding ascorbic acid.

# Sodium Ascorbate mempunyai fungsi ester dimana ascorbic acid tidak mempunyainya.

Sukatan:

1. Peralatan sukatan:
a) 1 scoop yang disediakan bersama bekasnya bersamaan:
> Scoop membukit = 500 mg
> Scoop penuh rata = 250 mg
> ½ scoop = 125 mg

b) 1 sudu KFC = 5 gram
> ½ sudu = 2-3 gram

2. Sukatan mengikut umur:
a) Kanak-kanak 
> ½ scoop x 2 kali sehari
> Secubit x 2 kali sehari

b) Dewasa 
> 1 scoop x 2 kali sehari
> ½ sudu KFC x 2 kali sehari

Indikasi jika pengambilan Ascorbic Acids diambil secara berlebihan:
1. Cirit-birit, muntah, mual serta kejang perut (abdominal cramps/pain) 
2. Asma: Kurang berkesan jika diambil untuk kurangkan serangan asma dan juga kurangkan gejala asma.
3. Mengandung dan menyusu: Lebih selamat di makan tidak melebihi 2000 mg setiap hari bagi perempuan 19 tahun dan 1800 mg setiap hari bagi perempuan berumur 14-18 tahun atau diberi IV. Namun, jika pengambilan viamin C yang berlebihan semasa mengandung boleh mengakibatkan masalah kepada bayi newborn.

Peringatan:
1. Penyimpanan: Cara simpan vitamin C berbeza bergantung pada jenama. Ada yang perlu disimpan dalam peti selepas dibuka, ada juga yang perlu disimpan pada suhu bilik. 
2. Warna: Berubah apabila lama buka disebabkan terdedah pada udara dan juga cahaya. 
3. Tarikh luput: 2 tahun daripada tarikh pembuatan.
4. Terlebih dos: Badan akan menunjukkan proses detok jika vitamin C diambil secara berlebihan misalnya muntah, mual dan cirit-birit.

Rujukan:
     1. http://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmon-1001/vitamin-c-ascrbic-acid
     2. https://pubchem.ncbi.nlm.nih.gov/compound/Ascorbic-acid
     3. https://www.gaiaorganics.co.za/difference-ascorbic-acid-sodium-ascorbate/

Disediakan oleh,
Syameira Hadzra Binti Sarudin (Syaa)
Pengamal Naturopati (Naturopath)
Diploma in Natural Medicine (MSCM)

PHOTOS
back to top ⤴